Ancaman GMO
Hari ini saya nak kongsi ancaman yang ada pada GMO, setelah saya membuat dan mencari maklumat. Pada asalnya tujuan saya mencari maklumat ini adalah untuk melaksankan atau memenuhi tuntutsan citra Falsafah Alam Sekitar. Threas( Ancaman) Sekatan atau pengharaman pengeluaran organisma diubahsuai secara genetik (GMO) wujud di banyak negara di seluruh dunia. Namun Malaysia telah meluluskan lapan jenis jagung dan enam jenis kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik (GM) untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan. Di samping itu, kelulusan juga telah diberikan bagi kajian lapangan nyamuk GM, betik, dan pelepasan produk GM untuk digunakan sebagai racun perosak dan baja. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menyedari kelulusan-kelulusan ini. Kelulusan tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah peruntukan Akta Biokeselamatan 2007. Produk GM yang diluluskan untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan m...