Kelemahan GMO



Hari ini saya nak kongsi kememsan yang ada pada GMO, setelah saya membuat dan mencari maklumat. Pada asalnya tujuan saya mencari maklumat ini adalah untuk melaksankan atau memenuhi citra Falsafah Alam Sekitar.

Weakness (Kelemahan)

Bagi makanan yang diubahsuai mengikut genetik menyebabkan pelbagai masalah berlaku terhdap alam sekitar.

Kelemahan  daripada aktiviti ini adalah GMO merupakan tanaman yang diubah suai untuk menahan daripada racun lalang yang sebaliknya boleh merosakkan tanaman tersebut. GMOs itu kemudian ditanam mengikut musim dan disembur tahun demi tahun menggunakan racun rumpai yang disasarkan untuk menghapuskan rumput lalang di ladang kecuali tanaman GMOs. Pada mulanya proses ini seolah-olah berkesan menghapuskan lalang kerana kebanyakan lalang mati sementara tanaman GMOs hidup subur. Tetapi sebahagian kecil lalang yang dapat bertahan akan terus hidup. Jadi lama kelamaan proses ini menyuburkan lalang yang paling sukar dihapuskan. Lalang yang dapat menahan racun herba dikenali sebagai lalang kebal (superweeds) dan racun yang lebih kuat diperlukan untuk mengawalnya. Lalang kebal kini menjadi wabak di ladang-ladang pertanian tanaman GMOs. Lalang kebal paling umum mampu bertahan kepada glyphosate, ramuan aktif dalam racun herba popular Monsanto, Roundup tetapi ketahanan juga diperhatikan berlaku kepada racun herba yang digunakan ke atas tanaman GMOs yang lain. Terdapat risiko pencemaran genetik di kawasan persekitaran di mana tanaman GMOs ditanam, misalnya gen asing boleh terlepas melalui serangga, burung, jentera dan pekerja.

Kajian telah menunjukkan beberapa kesan toksik produk GM kepada kehidupan. Malangnya pertanian GM terbukti boleh memberi kemudaratan kepada generasi masa depan manusia, haiwan dan tumbuhan. Round-up yang disembur kepada semua tanaman GMOs telah dikesan dalam bekalan air bawah tanah di seluruh dunia, dalam air susu 99% wanita Amerika, dan penggunaan racun herba telah meningkat sebanyak 527 juta paun setahun sejak GMOs diperkenalkan. Semburan ini boleh menyebabkan kematian besar-besaran serangga dan burung, dan Round-up telah dilabel bersifat “karsinogenik”. Debunga GMOs boleh tersebar dan menjangkiti tumbuhan yang hidup berhampiran dengan DNA bukan semula jadi, mengubah DNA tumbuhan secara kekal dan menjejaskan integriti tumbuhan, asal, serangga dan haiwan. Lalang kebal dan serangga kebal turut membimbangkan dan GMOs berpenyakit cuba mengelak dan turut berubah atau bermutasi melampaui apa yang boleh disampai oleh bahan kimia itu. Penyakit ini boleh merebak kepada tumbuhan asli
  Oleh itu juga, tanpa sengaja menjejaskan organisma lain seperti debunga jagung yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi dalam beluncas kupu-kupu. Ia juga memberi masalah besar kepada kestabilan alam sekitar. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Iowa State University mendapati bahawa kematian sejenis rama-rama pemakan milkweed jagung yang dikenali sebagai Monarch Butterfly ini disebabkan jagung GMO, gen Basilus thurengetis di dalam gen jagung melalui novel protein menghasilkan racun sendiri untuk membunuhnya. Semua serangga yang menghampiri pokok jagung ini akan mati. Seperti kes yang berlaku di negara Afrika, jagung GMO ditanam oleh petani secara besar-besaran menyebabkan nyamuk di sekitarnya pupus atau mati. Hingga kadar penyakit denggi rendah di kawasan itu. Pada masa yang sama juga, tumbuhan GMO mampu mendebunga tumbuhan dari spesis asli.Kes ini berlaku di Dakota di mana tanaman canola terbesar di USA dan juga terdapat pokok canola liar tumbuh berhampiran. Setiap gen pokok canola asli mengandungi transgen dari canola GMO. Ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap tumbuhan asli yang dicemari gen dari pokok canola yang di genetikkan menerusi GMO.

Ia juga dapat menghapus keaslian biji benih..Contohnya, betik GM pertama di kesan di Hawaii adalah pada tahun 1998. Betik ini di hasilkan dengan keupayaan melawan serangan virus bintik cincin ( papaya ringspot virus).. Walaupun masalah penyakit ini dapat di atasi tetapi masalah lain daripada betik GM telah timbul iaitu harga pasaran yang rendah serta penolakan daripada penguna. Hasil daripada penyelidikan yang di jalankan mendapati kebanyakan pokok betik di seluruh Hawaii telah tercemar dengan benih betik GM. Adalah amat sukar untuk mendapatkan biji benih betik yang asli apabila di uji walaupun sampel pokok betik yang di ambil dari pelbagai kawasan termasuk kawasan yang di kenalpasti sebagai bebas tanaman GM.

Kesan-kesan lain terhadap alam sekitar  juga ialah Hidupan baharu yang berpotensi bersifat menceroboh. Pencemaran biji benih dan tanaman, Terlalu bergantung kepada bahan kimia..Pemindahan gen ke spesies bukan sasaran, misalnya pemindahan gen yang kebal kepada racun serangga dari tanaman kepada lalang yang toleran racun herba.








Comments

Popular Posts