Kereta proton yang gagal dalam pasaran
Kereta Proton yang gagal dalam pasaran.
Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, saya menyenarikan beberapa jenis kereta Proton yang gagal bertahan dalam pasaran. Antaranya ialah:1. Proton Savy.
Proton savy mula diperkenalakan pada tahun Jun 2005 dan sama tahun dengan pengeluaran Produa Myvi. Pada mulanya Proton Savy mendapat banyak sambutan dan terkenal dengan kereta jimat minyak dan mempunyai rekabentuk kerangka yang kuat setanding dengan kereta BMW 1 series. Proton Savy pernah dieksport di luar negara seperti U.K singapura, Australia, Thailand Thaiwan dan Indonesia. Proton Savy jua pernah mendapat anugerah seperti Top Cars 2008 di Thailand's dan Malaysia Book of Records dalam ketogeri kereta paling jimat minyak iaitu purata minyak 24 KM per Liter Proton Savy merupakan model pertama yang memperkenalkan teknologi AMT (Automated Manual Transmission) pada masa itu. Disebabkan kos alat ganti Savy yang mahal, jualan Savy mula menurun pengguna mula beralih minat untuk membeli Produa Myvi. Pada 2010 Proton telah menghentikan pengeluaran Proton Savy walaupun mempunyai stok- stok Savy yang masih banyak.
2. Proton Arena.
Proton Arena diperkenalkan pada tahun 2002 dan telah dieksport di U.k, Taiwan, South Afrika dan australia.Walaupun selepas sedekad dilancarkan, Arena masih popular di UK. Proton Arena sangat popular di luar negara berbanding di dalam negara sendiri kerana permintaan terhadap kereta jenis itu masih rendah pada masa itu danProton Arena terdapat hanya 2 tempat duduk penumpang dan sangat rendah bagi sebuah truck pikup. Hal ini menjadikan Proton Arena sebagai sebuah model yang gagal di pasaran.
3.Proton Tiara.
Proton Tiara diperkenalkan pada tahun 1996. Proton menjalinkan usahasama dengan syarikat di Prancis iaitu Citroen untuk mengeluarkan Tiara selepas menjalinkan usahasama dengan Mitsubishi dalam pengeluaran Proton Saga. Tiara mempunyai enjin 1.1 Liter tapi hanya jenis manual sahaja yang dikeluarkan. Proton Tiara mempunyai kekurangan dalam bab maintenance kerana sebahagian part Tiara tidak sesuai dengan iklim Malaysia dan mudah rosak. Disebabkan alat gantinya juga yang mahal. Proton Tiara dihentikan pengeluarannya pada tahun 2000 dan menjadi salah satu daripada kereta yang gagal bertahan di pasaran.
4. Proton Juara.
Proton Juara diperkenalkan pada tahun 2001. Proton Juara merupakan kerata Proton pertama menggunakan strereng kuasa elekrik dan merupakan medel MPV ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box. Pada hari pertama pelancaran Juara, ianya seringkali dikecam kerana rekabentuknya seperti kotak begerak dan kelihatan pelik pada masa itu. JUaran mempunyai persaingan sengit dengan Produa Kenari yang kelihatan lebih meraik daripadanta Pengeluaran kereta ini dihentikan pada tahun 2003.
Sekian Teriam Kasih........
Comments
Post a Comment