Peluang GMO
Hari ini saya nak kongsi peluang yang ada pada GMO, setelah saya membuat dan mencari maklumat. Pada asalnya tujuan saya mencari maklumat ini adalah untuk melaksankan atau memenuhi tuntutan citra Falsafah Alam Sekitar.
Oppturities (Peluang)
Menjelang tahun 2020, petani dan peladang di seluruh dunia dijangka terpaksa menghasilkan bekalan makanan yang tinggi daripada kadar pengeluaran sekarang untuk menampung keperluan makanan. Oleh itu, semua strategi untuk menangani isu ini haruslah difokuskan kepada meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan terutama di negara-negara membangun, bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan serta mampu menambahbaik hasil dan kualiti tanaman dalam jangka masa panjang untuk menampung permintaan populasi dunia yang semakin meningkat. Teknologi GMO dilihat sebagai satu alternatif untuk menangani segala permasalahan diatas.
Penanaman tanaman GMO telah mengalami pertumbuhan dari tahu ke tahun.. Walaupun kebanyakan tanaman ini digunakan untuk makanan ternakan dan biofuel, sebahagian besarnya juga menghasilkan makanan diproses yang dijual di Amerika dan Asia. Kos, keuntungan, dan hasil tanaman adalah faktor kepada penggerak yang berterusan didalam industri yang melibatkan tanaman GMO.Penghasilan produk ini telah memberi manfaat ekonomi kepada petani yang menanam tanaman GMO. Hal ini dikatakan demiakian kerana, pengeluaran makanan menggunakan kaedah ini dapat mengurangkan kos disamping meningkatkan hasil pengeluaran. Di dalam industri perikanan, pengeluran ikan salmon oleh AquaBounty menunjukkan kadar pertumbuhan ikan GMO yang pantas telah membantu dalam pengeluaran ikan yang lebih murah. Ia merupakan produk GM yang telah diluluskan untuk dijual sebagai makanan di pasaran. Teknologi GM juga berkesan dalam mengurangkan kos malah ia memberikan manfaat kewangan kepada perniagaan dan pengguna. Syarikat pertanian besar yang menghasilkan tanaman GM seperti Monsanto, DuPont, dan Syngenta menjana keuntungan besar. Namun begitu ia juga memberi peluang untuk syarikat-syarikat kecil bioteknologi untuk membangun seperti AquaBounty dan Arctic Apples.
Tanaman GM terpilih telah berjaya menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan, memperbaiki dan menstabilkan tahap ketersediaan (availability) makanan secara global. Produk yang dihasilkan melalui teknologi GM perlu melalui proses kawalan dan saringan yang ketat sebelum ianya boleh digunapakai atau dikomersialkan. Dengan teknologi GM, beras ‘Golden Rice’ yang tinggi kandungan mikronutrien seperti pro-vitamin A juga berjaya dihasilkan. Ini membantu mengurangkan kesan kekurangan nutrien yang penting terutama di kalangan masyarakat di negara membangun yang tinggi kadar kemiskinannya.
Makan yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan disesebuah negara dan mampu mengatasi masalah kekurangan makanan disamping lebihan daripada penghasilan makanan dapat diexport di luar negara. Sesebuah negara khususnya negara pertanian dapat meluaskan lagi pasaran penghasilan makanannya secara meluas. Hal ini juga meyebabkan kestabilan ekonomi kerana ramai negara- negara akan bergantung untuk mendapatkan sumber makanan secara berterusan melari dengan kualiti yang dihasikan dan murah. Teknologi GM telah terbukti memberikan banyak manfaat terutama daripada aspek pertanian, sosio ekonomi.
Sehingga kini, Malaysia telah meluluskan berbagai produk GMO, di antaranya ubi kentang, kacang soya, jagung, canola dan rape oilseed. Kebanyakan jagung dan kacang soya (GMO) juga digunakan sebagai makanan ternakan dan untuk tujuan pemprosesan. Lecithin (dari soya) digunakan dalam sejumlah besar produk yang kita makan, contohnya ais krim. Malaysia juga sedang mengusahakan kelapa sawit kejuruteraan genetik untuk mempertingkatkan kandungan minyaknya yang bermanfaat dan menghasilkan nutraseutikal (Vitamin A dan E) namun belum sampai ke peringkat di komersialkannya untuk eksport memandangkan pengguna Eropah membantah produk GM. Manakala produk-prduk Malaysia berasaskan kentang dengan gahnya meletak jenama berada di ruang sejuk beku di pasar raya terkemuka
Comments
Post a Comment