Citra UKM paling best
Pengurusan Program Berimpak Dr. Aizan (Islamic Relief)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini saya nak kongsi apa yang saya dapat ketika menyertai kelas citra dimana kelas tersebut dibawa NGO Islamic Relief Malysia. Boleh dikatakan 90% kelas tersebut di diurus secara langsung oleh pegawai Islamic Relief yang pejabatnya terletak di Seksyen 9, Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dalam kelas ini kami dibahagikan kepada 3 group dimana setiap group terdiri daripada lebih kurang dalam 15 pelajar UKM daripada pelbagai fakulti dan tahun. Tujuan utama pembahagian group sebenarnya untuk melaksanakan tugasan.
Jadi Apa Yang Menarik?
Menariknya ialah dimana setiap group perlu membuat satu program bagi mengumpul dana untuk menggali telaga di Bagladesh bagi menolong mereka disana yang kekurang air serta air bersih.
Semasa dalam kelas kami diberi masa 30 minit untuk mencari idea bagaimana dan apa program yangb hendak dibuat selepas itu wakil group perlu membentangkan kepada 3 orang ahli penel daripada Islamic Relief. Group kami bercadang untuk mengadakan aktiviti "Car Wash" bagi pengumpulan dana manakala 2 group lagi ingin mengadakan aktiviti larian amal.
Kami satu group semuanya datang daripada tahun satu dan hnya seoeang sahaja tahun 2, jadi kami semua anggap mewmbuat program ni hanya mudah sahaja. Pada awalnya kami membuat sararan untuk mengumpulkan sebanyak RM8000.00 bagi dana telagga air di Bangladesh. Lama-kelamaan apabila bincang bersama kami menghadapi kesukaraan dan pelbagai masalah. Contohnya, ketiadaan kemahiran dalam membasuh kereta yang akan menyebabkan pelanggan tidak berpuasa hati seperti kereta calar dan sebagainya. Selain itu, tidak ada peralatan dan pada asalnya mahu mengadakan program ini di sekolah sekitar Bangi dan kajang.
Setelah berbincang dengan pegawai Islamic Relief, kami bertuah kerana pada masa sama Islamic Relief juga mengadakan program Car Wash untuk mengumpul dana di Masjid. Kami dipelawa untuk menjadi sukarelwan disamping belajar bagaimana cara menguruskan program. Sebenarnya, mereka mengambil komisel atas syarikat Car Wash. Disana terdapat pelbagi aktiviti lain iaitu jualan amal dan ceramah kesedaran berkaitan Somalia. Di sana kami mempeljari banyak perkara antaranya mengurus dan mengadakan program tidak semudah yang disangka dan perlu komitmen yang tinggi daripada ahli kumpulan. Saya ditugaskan untuk membasuh kereta dan ada berlaku perkara yang menjadi pengalaman dalam kehidupan dan hal ini saya akan cerita pada "Pengalaman pertama bekerja sebagai car wash" di cerita Blog saya yang lain.
Menjual air di stadium UKM pada hari SUKEM
Kami juga melakukan jualan air di stadium UKM pada hari SUKEM bagi mengumpulkan dana melalaui jualan tersebut. Modal pada masa itu menggunakan duit ahli kumpulan iaitu RM50*15 orang ahli kumpulan. Dengan duit itu lah kami membeli bekas-bekas dan yang lain-lain. Kami mula menjula lebih kurang pukul 11 pagi di bawah khemah yang di sediakan dan bukan kami sahaja tapi ramai lain yang terlibat dalam jualan bagi barangan mereka.
Anggaran kasar kos lebih kuarang RM150 untuk satu balang air yang kami oder dari cafe di Kolej Pendeta Za'aba. Jualannya pada mulanya agak perlahan dan terus merosot dari masa ke masa kerana pada awalnya kami ingat SUKEM meriah seperti hari sukan disekolah atau di matrikulasi dan permintaannya amat tinggi. KEbsnyskksn ysng membeli terdiri daripada kawan saya sendiri itu pun disebabkan "Support Member". Jualan itu amat mengecewakan kami semua dan kami terpaksa memberinya secara percuma, walaupun percuma ia tetap tidak laku dan akhirnya air tersebut dicurah kedalam longkang akibat ais telah cair menyebabkan air tersebut rosak. Boleh dikatakan kami semua rugi teruk jualan terpaksa dihentikan dan kami tidak mengadakan julan pada hari seterusnya.
Bertukar daripada Car Wash ke International Volunteer Day
Kami menghadapi pelbagai cabaran dan terpaksa mengadakan perbincanga semula dengan Kak Tash iaitu pegawai Islamic Relief . Kak Tash mempelawa kami semua untuk mengurus program International Volunter Day di Tasik Cempaka. Kami bersetuju dan menerima pelawaan tersebut dan kami perlu urus aktiviti scavenger hunt dimana terdapat 10 chekpiont yang perlu dilalui oleh peserta bagi menjayakan dan menyelesaikan aktiviti tersebut.

Pada pukul 2 petang kami terlibat dan bermain bowling di Bangi Getway dimana kami sebahagian daripada perserta dalam acara ini pad berakhir pada pukul 6 petang termasuk majlis penutup.
Apa yang kami dapat
Kami dsapat banya ilumu pengetahuan bukan sahaja dalam mengurus sesuatu program tapi pengetahuan berkaitan penduduk Bangladesh yang menghadapi kesukaran dalam memperolehi sumber air bersih dan perlu berjalan berkilo-kilo dalam masa sehari ini termasuk kanak-kanak orang dewasa dan orang tua. Tujuan utama adalah mengumpul dana bagi ringankan beban mereka.
SEKIAN TERIMA KASIH.............................
Comments
Post a Comment