Makanan Pantai Timur di UKM Bangi.


Assalamualikum dan salam sejatera kepada semua.......

Hari ni saya nak kongsi makanan Pantai Timur yang anda sebagai pelajar atau pekerja di universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) boleh dapati. Walaupun Tak sampai satu sem bergelar pelajar di UKM tapi saya dah dapat mengenalpasti lokasi kedai makanan selera pantai timur seperti nasi Kakwok, nasi kerabu, tomyam dan banyak lagi.

Bagi korang yang nak masuk UKM dan berselera Pantai Timur, jangan risau bersepah kedai yang korang boleh pergi hanya dalam UKM sahaja. Setakat ni lokasi yang saya tahu ialah:


1. Cafe Kolej Keris Mas


Image result for tomyan kolej keris mas

Kolej Keris Mas antara kolej terbesar selepas kolej Pendeta Zaa'ba. Kalau kolej besar semestinya cafe pun besar dan pelbagai pilihan makanan. Saya sebagai ahli penghuni Kolej Keris Mas sudah biasa makan setiap hari disini. Disini anda boleh membeli nasi kerabu ayam goreng di kedai Kamal dengan harga sekarang RM5. Walaupun bukan air tangan orang Pantai Timur, rasanya boleh dipuji dan hampir sama rasanya seperti di Kelantan walau ada kekurangan sedikit.

     Di kolej ni isitimewa sedikit, kenapa saya cakap macam tuh. Disini istimewa kerana ada kedai tomyam dan betul-betul selera Pantai Timur yang juga pemiliknya merupakan orang Melayu Kelantan Siam. Pekerjanya kesemuanya orang Melayu Siam dan petah bercakap loghat Kelantan yang membuat kami geli hati apabila berborak. Antara menu yang saya ingat adalah semestinya tomyam dimana terdapat tomyam udang, sotong, udang galah,daging, ayam dan tomyam campur. Selain itu, pelbagai nasi goreng. Senang cerita masakan panaslah yang selera Pantai timur dan rasanya sedap dan boleh kalah sesetengah kedai makanan di Kelantan. Yalah kan diorang asal Thailand kan. Waktu Operasi dalam pukul 5 petang sampai pukul 2 pagi dan dibuka setiap hari.

2. Kolej Pendeta Zaa,ba 

 Image result for cafe kpz ukm
Kolej terbesar dan mempunyai cafe paling besar, disini anada boleh makan nasi kerabu denga harga yang murah. Terdapat satu kedai yang menjual nasi kerabu disini dengan pelbagai pilihan lauk seperti ayam goreng, ayam bakar, telur masin dan sebagainya. Korang ambil nasi sebanyak mana pun tak dikira, tapi janganlah ambil sampai 3 ke 4 orang makan. Yang dikira hanyalah lauk apa yang diambil dan air kebiasannya sirap percuma. Bukan nasi jer ulam, budu dan semua benda tuh ambil layan diri. Jadi boleh ambil mengikut citarasa kalau suka ulam banyak ambillah banyak. Rasa dia memang sedap dan puas hati serta harganya boleh dikatakan antara termurah  yang anda boleh dapati di UKM.
Selai itu, terdapat kedai Tomyam Thai kat sana tapi saya setakat ini tak kesempatan untuk makan kat sana tapi hanya sekadar pesan air sahaja. 

3. Pusanika UKM

Image result for pusanika ukm

Puasanika berada diantara Fakulti Sains Sosial (FSSK) denga Perpustakaan Tun Seri Lanag (PTSL). Di Pusanika Aras bawah, anda boleh mencari kedai nasi Kakwok yang diusahkan oleh anak jati Kelantan dan rasanya sama seperti mana anda makan di Kelantan.

Disana menu antara yang paling porpular ialah nasi kakwoh. Saya juga pelajar dari falkulti Ekonomi Pengurusan bersama rakan boleh dikatakan setiap kali ada kelas akan makan dekat pusanika untuk mencari nasi kakwoh. Selain itu, kedai itu juga, menjual mi, maggi, bihun celup.


Kesimpulan yang saya boleh buat adalah banyak lagi kolej-kolej kecil yang menjual makanan ala Pantai Timur. Sekirannya anda penggemar makanan seperti ini, usah dirisau kat sini bersepah makanan tak kiralah di dalam UKM atau pun di duluar UKM.

Terimah kasih kerana membaca.







Comments

Popular Posts