Pengenalan GMO





Sejak sekian lama petani telah menanam tanaman atau menternak haiwan dengan ciri-ciri yang diinginkan. Petani terawal memilih biji benih daripada tanaman terbaik mereka sebagai sumber bagi penanaman musim depan dan memilih haiwan ternakan yang terbaik untuk dikembang biak dan menghasilkan satu lagi generasi. 

Peningkatan ilmu pengetahuan mengenai genetik tumbuhan dan haiwan menjadikan amalan pertanian semakin canggih, membolehkan petani dan saintis memilih ciri-ciri khusus yang mereka inginkan. Mereka mula menghasilkan tanaman kacukan baharu dalam makmal dan menggunakan bahan kimia dan radiasi untuk mendorong perubahan berlaku dalam binaan genetik tumbuhan. Genetically Modified Organism (GMO)  dan dalam konteks pemakanan dan industry agrikultur, GMO ini digelar sebagai Genetically Modified Food.membawa usaha ini ke satu tahap lagi dan melampaui ciri-ciri yang berlaku secara semula jadi, yang boleh dilakukan melalui pembiakan terpilih.

Tujuan GMO adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti. Amerika Syarikat adalah negara pengeluar tanaman berasaskan GMO's terbesar dunia dalam pengeluaran tanaman khususnya kacang soya dan jagung manis. Mosanto merupakan salah satu syarikat pengeluar tanaman GMO's terbesar di USA. Negara Filipina juga berkecimpung dalam penciptaan beras GMO's yang dipanggil 'Golden rice'.

Comments

Popular Posts