Kolej Matrikulasi Perlis
Apa Yang ada Di Kolej Matrikulasi Perlis

Hari ini yang tertarik untuk menulis blog berkaitan Matrikulasi yang saya pernah belajar iaitu Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dan apa rutin harian kami sebagai pelajar . Bagi korang yang dapat tawaran belajar di KMP , saya akan menceritakan secara kasar rutin harian kami. Saya bekas pelajar dalam bidang perakaunan dan blog kediaman saya ialah Komsas Al-Kindi (C1).
Pada Waktu Pagi
Di matrik kami mula kelas pada pukul 8.00 a.m dan rehat selamat 1 jam pada pukul 1 tengah hari dan sambung pembelajaran pada pukul 2 hingga 4 p.m. begitulah harian kami tapi pada hari Jumaat kelas hanya setakat pukul 12 a.m sahaja untuk bagi laluan kepada solat Jumaat.
Di pagi hari sebelum kelas saya akan pergi mandi dalam pukul 7.20 a.m. Disini kalau korang mandi pukul 7.40 a.m lebih kurang memang tandas penuhlah pada masa tuh. Untuk sarapa, biasanya saya akan makan roti atau biskut sebelum kelas bagi alas perut. Di matrik terdapat 2 cara membelajaran iaitu kuliah dan tutorial. Kelas akan berubah-ubah dan bukan seperti di sekolah contohnya, kelas akaun di bilik TA19 manakala kelas ekonomi di TB21. Korang akan begerak dari kelas ke kelas. Pada masa tuh lah kami akan curi waktu untuk membeli di bakery seperti nasi lemak atau kuih. Kebiasannya pensyarah di matrik faham bahawa pelajar lapar dan tak sempat untuk sarapan di bilik.
Waktu Rehat (1 tengah hari - 2 petang)
Habis saja kelas, tempat utama yang pelajar akan pergi ialah cafe. Di KMP terdapat 3 cafe iaitu
cafe A, cafe B dan cafe pentadbiran. Cafe yang makanannya paling sedap bagi pendapat peribadi saya ialah cafe pentadbiran dan harganya pun tak lah mahal sangat tapi mungkin paling mahal antara cafe lain. Cafe B antara paling ramai kerana tempatnnya berhadapan dengan pustaka dan bakery serta Mart. Pilihan saya untuk makan ialah di cafe A kerana berdekatan dengan masjid dan sebelah dengan blok kediaman saya. Kalau rasa malas, saya biasanya akan bungkus makanan dan makan dalam bilik serta solat. Dalam bilik boleh baring atas katil sekejap, hilangkan penat. Ada juga pelajar matrik pergi solat dulu di masjid kalau waktu Zohor awal pada masa tuh. Selepas itu, kami akan sambung balik kelas sampai pukul 4 petang.
Selepas kelas
Selepas waktu pembelajaran, ada pelajar yang pergi terus ke masjid untuk tunggu asar untuk berjemaah bersama, ada yang pergi ke pustaka, ada yang ke cafe. Saya akan ke bilik untuk rehat, mandi solat dan sebagainya. Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan pada masa ini seperti bermain bola, pinpong dan sebagainya. Masa ini juga ada yang pergi lepak di cafe dan ada yang buat homework. Dia terpulang atas korang nak buat apa.
Pada pukul 7 petang saya akan bersiap untuk solat maghrib di masjid dan naik ke bilik untuk menunggu isyak. Selepas isyak, kami akan ke bakery untuk mencari nasi lemak. Kat KMP nasi lemak bakery adalah antara paling popular menjadi pilihan pelajar kerana harganya RM 1 satu dan rasanya yang sedap. Biasanya saya akan membeli 2 bungkus nasi lemak dan air.
Waktu Malam di KMP
Kami akan makan dalam bilik kebiasanya kerana malas untuk menunggu makanan di cafe kerana pada masa ini adalah masa yang saya dan kawan-kawan buat kerja seperti assigment dan homework. Kami akan tidur setelah semua kerja siap paling awal mungkin tidur pada pukul 11 lebih dan bangun dalam 6.30 pagi. Kalau bangun awal saya akan ke masjid untuk subuh berjemaah. Begitulah harian kami, tapi tidak termaksud hari yang ada program ada hari sehari sebelum menghantar assgemt.
Sekian terima kasih.....................
Comments
Post a Comment