SPM terbaik sekolah harian biasa Kelantan.



SPM terbaik sekolah harian biasa Kelantan (SPM).

Image result for smk long gafar 1

Hari ini saya nak bercerita tentang bagaimana peranan pihak sekolah dalam mempengaruhi kecemerlangan pelajar di sekolah. Saya nak berkongsi pengalaman saya sebagai bekas pelajar SMK Long Gafar bagaimana sekolah tersebut mencapai atau memperolehi kedudukan nombor satu SPM dalam kategeri sekolah harian biasa di kelantan. Sekolah tersebut mendapat 5 kali berturut-turut setakat ini bermula dari 2014 sehingga 2018. Saya mula besekolah disitu pada tahun 2013 iaitu ditingkatan 1 dan tamat pada 2017 apabila hanis SPM.



Perhimpunan pada setiap pagi



Image result for smk long gafar

Banyak program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah itu. Di sekolah kami, pada setiap hari akan ada perhimpunan dan pelajar wajib hadir dalam majlis itu. Pada Hari Ahad merupakan hari perhimpunan rasmi di Dewan Datuk Seri Najib dimana pada masa itulah jugalah kami akan mendengar ucapan dari pengetua, mendengar laporan daripada guru yang bertugas dan banuyak lagi. Perhimpunan hari Isnin pula berlangsungnya program "Wave of English" dimana setiap wakil kelas secara bergilir-gilir akan tampil kehadapan tapak perhimpunan untuk membaca atau berucap tentang tajuk yang telah diberikan oleh setiap guru Bahasa English masing-masing. Hari Selasa adalah perhimpunan berkaitan hal ehwal pelajar dan hari rabu adalah bagi unit kokorikulum. Hari Rabu kami wajib memakai pakaian unit beruniform lengkap, kalau tak pakai akan namanya. Akhir sekali hari Khamis, dimana kami semua akan membaca surah pilihan di tapak perhimpunan.

Datang awal pagi

Semua pelajar SMK Long Gafar perlu datang selewat-lewatnya pada pukul 7.10 pagi iaitu bermulanya perhimpunan pagi. Sekolah ini anatara sekolah paling awal perlu datang. Sekiranya datang lambat melebihi pukul 7.20 pagi untuk pertama kali akan dimaafkan dan pada kali kedua akan didenda menulis Alhamdulilah dalam bahasa Arab lebih kurang 50 atau 100 kali. Lambat kali ketiga akan dikenakan denda yang sama tapi jumlahnya akan bertambah tapi ada hadnya iaitu 300 kali dan tak lebih. Kalu ada tersalah minta maaf sebab dah lama habis sekolah dan saya tak pernah kena. Pelajar perlu menyerahkan di atas meja guru sebelum loceng balik berbunyi atau selepas itu yang munasabah. Klau tak siap kena 2 kali ganda pada keesokannya.

Purata kehadiran selalu mencatat 95% keatas

Peratusan kehadiran sekolah kami sentiasa baik dan boleh dibanggakan kerana kebanyakannya lebih daripada 95%. Tapi ada juga bdeberapa hari yang kurang, itu biasalah.
Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah pertandingan kehadiran dimana kelas yang mendapt 100% kehadiran dalam seminggu akan mendpat wang tunai pada awalnya dan akhirnya dibuka bagi kelas yang tak hadir seorang, dua orang dan tiga orang dalam masa seminggu. Mereka juga akan diberi wang tunai dan sijil mengukut kadar yang telah ditetapkan. Sebebarnya ramai kelas yang dapat kelas 100% kehadiran terbaik dan bukannya semua datang dari kelas hadapan tapi kelas belakang juga dapat memenanginya. Selain itu, meraka yang da[at mengekalkan secara terturut-turut juga akan biberi hadiah yang khas. Pada akhir tahun pemenang-pemenang akan mendapat jamuan makanan secara percuma dan bergambar dengan pengetua.

Bagi pelajar yang tak hadir sekolah, guru akan pergi kelas ke kelas dan berjumpa secara bersemuka untuk bertanya sebab tak hadir ke sekolah dan pada masa itu lah ada yang memberi banyak alasan, memberi surat doktor dan perbagai lagi. Sebenarnya wajar juga guru buat sedemikian kerana pelajar yang kerap ponteng sekolah akan berasa malu dihadapan kawannya apabila ditanya kenapa tak datang ke sekolah.


Kelas Tambahan bagi PT3 dan SPM

Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk datang ke kelas tambahan bagi pelajar PT3 dan SPM. Kelas kami bermuala pada pukul 2.30 petang selepas rehat lebih kurang setengah jam  sampai 4 petang. Bagi pelajar SPM mereka ada kelas malam yang sebenarnya tak wajib bagi pelajar yang malas. Biasanya hanya satu ke tiga orang sahaja yang tak nak datang. Kelas malam itu semestinya mendapat sambutan yang baik kerana harganya yang sangat murah dan diajar oleh guru luar dan beberapa guru guru di sekolah itu. kelas bermula pada 8.15 malam dan berakhir pada 10.15 dimana sebanyaik 4 kali seminggu.

























Comments

Popular Posts