Cara menghilangkan Homesick



Assalamualikum dan hai kepada semua..........



Homesick atau perasaan rindu dekat rumah merupakan perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap orang yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Meraka terpaksa berjauhan mungkin disebabkan dapat belajar di sekolah asrama ataupun di kelej-kolej.Kebiasaannya akan berlaku pada meraka yang jarang atau tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Hari ni saya nak kongsikan sedikit tips yang saya gunakan semasa di matrikulasi untuk hilangkan homesick.


1) Bergaul dan cari kawan.


Okay kenapa kena begaul? Sebenarnya perasaan homesick akan datang apabila kita berada dalam keadaan kesunyian. Kita akan mula berfikir benda yang selalu dilakukan dengan keluarga atau aktiviti harian kita. Contonya, hujung minggu selalu teman mak pergi pasar atau selalu kena ceramah dengan mak ayah dan banyak lagilah. Berkawan dapat mengelakkan kesunyian dan dapat memberi hiburan kepada kita. Contonya, bergurau dan bergelak-ketawa. Korang janganlah duk atas katil jer tak keluar bilik lansung. Penting tau, jangan duduk bersendirian  keluar cari kawan dan lakukan aktiviti bagi mengalih pandangan daripada fikir tentang rumah.


2) Ingat bahawa homesick adalah nikmat.

Perasaan homesick merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. sesiapa yang tidak pernah merasakan atau alami perasaan homesick adalah sangat rugi. Homesick akan dapat mengajar kita banyak perkara tentang kehidupan yang menyebabkan kita dapat berfikir dengan lebih matang berbanding sebelum ini. Nilai kasih sayang itu muncul menyebabkan korang lebih menghargai keluarga dan kawan-kawan sebelum ini. Korang berseronok jer lah dengan homesick, nanti ia akan hilang. So korang tak akan rasa dah nikmat homesick.

3) Dekatkan diri dengan tuhan,


Masa homesick ni lah korang kena ambil peluang untuk dekat dengan tuhan. Berdoa kepada tuhan dapat menghilangkan rasa sedih korang, luahkan semua perasaan kepada tuhan kerana dialah pencipta kita yang maha berkuasa. Bagi yang muslim tuh korang kerap-kerapkan diri pergi masjid atau surau. Percayalah dalam keadaah susah tuhan akan mudah makbulkan doa kita lagi-lagi kalau doa sampai keluar air mata.


Harap korang semua dapat gunakan tips yang saya kongsikan ini dengan berkesannya. Jangan risaulah lama-kelamaan homesick tuh akan hilang dan pengalaman itu akan menjadi menjadi kenangan indah dan melucukan. Okay sampai disini saja,lain kali kita jumpa lagi di cerita yang lain. Terima kasih sebab membacanya.

Comments

Popular Posts