Cara nak jadi pandai
Assalamuaikum.........
Korang semua mesti nak tahu bagaimana mahu jadi orang pandai. Pandai yang saya maksudkan tuh cemerlang dalam akademik.Antara caranya adalah:
1. Pergi belajar.
Masalah utama pelajar adalah mempunyai sikap atau tabiat buruk iaitu malas. Korang kata "orang tuh pandai lah , aku ni memang bodoh lah". Sebenarnya, kalau korang belajar betul-betul dan bersungguh korang pun dapat mencapai kecemerlangan. Adakah anda belajar sama macam budak cemerlang belajar? Tepuk dada tanya selera. Saya dulu pun daripada budak kelas belakang, tapi saya
2. Jaga hubungan tuhan.
Apa-apa pun yang kita buat, kita mesti ingat tuhan denga cara solat 5 waktu tepat pada masanya, berdoa, berzikir dan banyak kan lakukan amalan sunat. Korang janganlah tenggok bagaimana orang kufur dengan Allah berjaya. Hal ni mungkin tuhan nak uji dia sejauhmanakah imannya. Betulkan fikiran, belajar kerana Allah sebab rezeki itu datang daripada-Nya dan janganlah kita menjadi seorang yang sombong.
3. Jaga hubungan sesama manusia.
Semasa saya belajar di matrik dulu, antara yang selalu disebut oleh pensyarah untuk cemerlang adalah jaga hubungan dengan Allah, ibubapa,pensyarah dan rakan-rakan. Apabila kena dekat batang hidung sendiri baru kita nak percayakan, sebenarnya saya dah laluiny semasa di matrik. Subjek yang saya tak dapat A adalah subjek yang saya ada buat silap dengan pensyarah dan kawan. Ramai yang tidak sedar bahawa perkara tersebut memaikan peranan dalam kecemerlangan. Saya masih ingat dulu sewaktu di tingkatan 3, saya sangat baik dengan seorang guru yang mengajar matematik. Disebabkan saya dulu duduk depan sekali lepastuh cikgu akan tarik kerusinya duduk di meja saya, jadi homework terpaksa buat takut kena marah. Kena duduk depan pun sebaba cikgu yang susun. Saya selalu kena puji sebab selalu siapkan kerja, ada juga tak buat tapi dia tak marah. Cikgu cakap "Tak apa tak siap sebab awak selalu buat kerja saya". Sebenarnya cikgu Ros lah yang masukkan saya dalam kelas akaun, sebab dia juga yang akan ajar subjet tuh. Apa yang saya boleh cakap, mereka semua dapat memberi manfaat sama ada dari segi zahir dan batin.
Terima kasih sebab sudi membacanya.
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment