Pengelaman banjir Kelantan 2014(PERSONAL EXPERIENCE)
Assalamuailum salam sejahtera......
Hari ini saya akan menceritakan pengalaman yang saya lalui semasa banjir di Kelantan pada 2014. Saya tinggal di dalam daerah Kota Bharu tapi saya punya kampung tak banjir pun.
sumber gambar daripada google.
Banjir pada 2014 merupakan banjir terbesar yang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang atau Kelantan. Banyak harta benda yang rosak dan yang paling teruk rumah kena hanyutkan air.
Okay berbalik kepada pengalaman saya, semasa kejadian tuh kami budak sekolah ni cuti akhir tahun. Saya akan ceritakan pengalaman beharga(cikk) ni mengikut turutan.
Hari yang tak ambil tahu pun pasal banjir.
Dalam seminggu dua macam gitu saya tak ambil tahu sangat pun pasal banjir sbb tak kena kat tempat kita gitulah. Pada masa tuh dah banyak berita pasal banjir tak kira di negeri sendiri mahupun negeri lain.Seperti hujung tahun yang biasa, saya dah kawan-kawan tak terlepas untuk bermain air dengan menunggang basikal(masa ni basikal lajak tuh tak famous sangat hahahh....kitorang naik basikal normal atau biasa jer). Oleh sebab kawasan rumah tak naik air jadi pergi main air banjir di tempat lain atau kampung lain. Kitorang main air banjir yang takat lutut jer bukan yang kena berenang, jangan fikir bukan-bukan pulak.
Hari start nak banjir teruk.
Setelah berapa lama dengar lah cerita banjir teruk di kawasan-kawasan Kota Bharu seperti di bandar Kota bharu, kampung wakaf Stan dan kampung tiong. Tempat atau kawasan tuh memang tempat utama yang perlu atau wajib pergi dalam seminggu untuk beli barang, pergi bank dan banyak lagi lah sebab bandar utama banjir iaitu bandar Kota Bharu. Dekat jambatan nak keluar dari kampung pun dah naik air tapi nasib baik ada 3 laluan yang boleh digunakan untuk keluar....hahahah kalau satu tuh jer jalan keluar or semua jalan keluar banjir memang mampus larh.....
Gambar sungai melimpah di kawasan kampung.
Hari pertama tiada elektrik.
Saya punya kampung tak ada elektik dalam pukul 9 malam. Masa tuh paksu balik kampung dah abang, adik dan paksu bakar ubi dengan buat bara api dahlah sejuk masa tuh....seronok jugak lah.
lilin masa tuh ada tapi jiran yang tak ada tuh mintak dengan jiran sebelah atau jiran lain jer......sini kampung, jadi ibarat"jiran sepakat membawa berkat" boleh lah tuh tapi bab membawang saya tak nak ulas hahahhaah(cikkk lagi sekali). Pada masa sama tokma rebus ubi makan sekali dengan kelapa parut(nyor) ouh best nya masa tuh. Ingat kejap jer tak ada api rupa-rupanya xxxxxx(nak tahu baca lagi lah) dah bukan elektrik jer tak ada tapi line pun kejap-kejap ada kejap-kejap taka ada dahlah slow.
Hari kedua tak ada elektrik.
Bangun pagi-pagi tak ada tak boleh buka tv, tak boleh main handphone sebab nak jimat bateri lagipun line barai. Paksu bekerja di ilsm perak sebagai timbalan pengarah tapi terpaksa minta cuti sebab tak boleh balik jalan kat kelantan dah naik air tak pasal-pasal pergi kena patah balik. Jadi pagi tuh saya dan paksu jalan-jaln naik motor pusing-pusing tenggok tempat mana naik air. Dalam masa tuh orang ramai duk kalut nak beli lilin lah ,nak beli makanan. Petang tuh aktiviti jadi terhad sikit sebab atm dan stesem minyak kurang beroperasi sebab taka ada elekrik, yang palinh lawak paksu ada 2 ringgit jer dalam poket hahahah(kesian). Walaupun tak pergi kemana-mana tapi dengar orang kampung borak-borak best jugak ada lawak ada yang bersungguh-sungguh cakap dan yang bangkah pandangan orang tu orang ni........ada jugak yang cakap mengarut-ngarut. layang jer, budak-budak tak elok campur urusan orang tua hahahah.
Dari pagi sampai lah ke malam helikopter asyik lalu jer kat atas .....banyak NGO dan juga badan kerajaan negara atau negeri yang turun padang untuk memberi bantuan . malam tuh dah mula ada jualan murah makana seperti askrim,nagert dan seangkatan dengannya.
Hari ketiga tak ada elektrik.
Pagi tuh pokcik Din bawa balik boat yang dia selalu guna untuk memancing kat laut. Dia bukannya nelayang tapi boleh bawa boat malah bas,lori,jentera dan banyak lagi lah.....hebat tak jiran saya.Dia ajak saya untuk ikut sekali dengannya berlayar merentasi banjir......bantu orang untuk tumpang boat.
Yang ikut sekali pokcik Din,abang saya dan anak lelakinya yang sebaya dengan saya.Paksu ada urusan jadi tak dapat ikut. Kami bertolak dalam pukul 5 petang naik kerata,boat tuh sanggut kat belakang dan ada tempat letak boat,bukan naik boat atas jalan (susah nak explain jadi fikir logik jer lah senang).
Mula-mula kena tolak boat tempat air dalam sebab takut sangkut apa entah. Excited weyh dapat naik boat redas banjir. Kami pergi di Kampung Tiong, aras bawah Sk Tiong dah tak nampak sebab tingkat satu dah terggelam. Memang macam laut pemndangang kat sana, rumah-rumag tergelam hanya bangunan yang tinggi jer nampak. Lalu jer boat kami dekat kawasan sekolah terus ramai orang dalam sekolah keluar lambai-lambai mungkin nak minta makanan atau bantuan. Mereka terperangkap sebab tingkat satu tergelam. Sebenarnya bukan boat kami jer ada,banyak lagi boat lain dari agensi lain hadir untuk memberi bantuan. Di tempat banjir paras pinggang ada orang yang bawa barang untuk di selamatkan, ada yang nak pergi tidur dekat masjid atau sekolah sebab tiada tempat berteduh dan yang paling sedih tak tahu anak bini ada dekat mana.
Kereta, motor dan barang-barang habis tergelam akibat banjir. Pokcik Din suruh kami balik awal sebab takut letih. Kitorang memag gila cari line sebab nak call makcik Za untuk ambil kami balik.Susah-susah pun dapat jugak call.
Hari keempat tak ada elektrik.
Pagi tuh Kak zah ajak tolong kemas rumah dia, susun kerusi, meja katanya senang, mudahdan cepat nak pindah kalau naik air. Dalam keadaan permintaan terhadap lilin tinggi dan bekalan lilin terhadap menyebabkan harga lilin naik(hahaha dah masuk bab ekonomi ni). Jadi alternatif lain adalah dengan menggunakan pelita.Ramai dah guan cari ni sebelum ni untuk mengurangkan belanja yelah nak keluarkan duit pun susah sebab atm tak boleh guna elektrik taj ada.Jadi beli lah minyak tanah, dalam petang gitu elektrik dah ada.
Hari kelima.
Kawasan saya dah mula baik,line pun dah elek. tapi orang yang rumahnya kena banjir memang kesian sanggap. Antara tempat paling teruk terkena banjir ialah Manik Urai, memang lepas banjir tuh berdebu,berhabuk gial tempat tuh dahlah mereka mengalami banyak kerugian seperti hilang tempat tinggal dan banyak lagi.
Hari keenam.
Ramai orang dah kembali bekerja dan menjalankan runting harian seperti biasa. Saya pun kena kembali ke sekolah....
Disini sahaja, okay Thanks sebab baca.
Bye Bye........
Comments
Post a Comment