kehidupan Di Matrikulasi


Assamualaikaum semua.....

               Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya di matrikulasi. Korang mesti pernah dengarkan orang cakap program matrikulasi ni susuh lepastuh dapat pointer rendah dan kemungkinan akan dibuang dari program tersebut. Kesemua tanggapan itu tak berapa betul sanggap. Cuba korang tanya bekas pelajar matrik diorang akan cakap apa, mesti kebanyakan meraka akan cakap seronok berada di sana.

            Saya telah ditempatkan di kolej Matrikulasi Perlis (KMP) gen19 tahun 19/20. Sejujurnya saya tak mahu masuk matrik, sebaliknya mahu ke tingkatan 6 tapi family yang paksa terutamanya paksu dan tok ma. My parent tak paksa pun dan dorang cakap "kalau rasa boleh masuk jer, kalau tak boleh tak payah".Paksu jugak bekas pelajar matrikulasi dan pengaruh Tok Ma memang kuat jadi ikut jer lah. Diorang jugak cakap "Kalau dapat rendah ke tak sesuai hidup kat sana ker keluar dan daftar tingkatan 6, jangan risau lah...boleh".

         Dua tiga minggu pertama memang rasa susah gila belajar mungkin tak biasa tambah pula homesick. Masa tuh dalam bulan Ramadan lagi lah rindu nak balik rumah. Sebanarnya bukan kita sorang jer rasa macam tuh tapi boleh dikatakan majoritinya begitu.

       Dalam masa yang sama kita berkawan jumpa oarang tuh orang ni....mereka sumua baik dan spotan. Jangan risaulah.Kawan di Matriklah kawan yang paling baik dan berkualiti, tapi ada jugak yang tak elok....yang tuh sikit jer. Lama- lama kami mula seronok belajar berkawan adakala bergaduh dengan classmate...hahhahhaa......normal lah tuh.

DI MATRIK

KAWAN ADALAH ADIK BERADIK...
PENSYARAH ADALAH MAK AYAH.....


Ni gambar sambutan hari bersama kelas pratikum.



Ni gambar semasa pertandingan Dikir Barat Di Kolej Matrukulasi Kelantan.




Ni semasa ambil gambar kelas (Pratikum).



Ni lawatan ke Universiti Utara Malaysia (UUM).



Gambar ahli blok kami Komsas Al-Kindi (C1).




Gambar semasa Colour Run.





Gamabar Kelas(tutor) belanjar lecture business makan bersama sbb En.Lutfi selalu belanja kami Makan.





Sebenarnaya banyak lagi gambar yang nak share. Bukan banyak tapi terlampau banyak hahahah....Gambar ni pilih pun pakai ambil jer...takan-tekan pakai ambil terus. Nak tahu mana saya? Saya yang pakai cermin mata pakai baju biru gelap tuh. Banyak program
sama ada di luar atau dalam matrik yang ada.Budak matrik mesti tahu.


Bagaimana dengan akedemik?

  Belajar betul-betul dapat lah result yang baik.


Semua dalam kelas(pratikum) saya dulu dapat masuk universiti dan sama juga dengan kelas orang lain. Hanya sebilangan kecil jer dalam Matrikulasi Perlis yang besar tuh tak dapat masuk. Mungkin mereka dapat pada pengambilan ke dua sebab boleh buat permohonan.....kita tak tahu.




        Kesemua tanggapan nagetif terhadap program matrikulasi karut semua.Korang dengar tanggapan nagatif daripada orang yang tak pernah masuk matrik dengan bekas pelajar matrik yang dapat pointer rendah dan malas nak study memang lah dia akan cakap kearah nagatif.

       Kenangan dekat matrik tak akan dapat dicari di tempat lain walaupun masa yang singkat iaitu setahun. Dunia matrikulasi telah banyak mengubah seseorang untuk menjadi seorang yang berani bercakap di depan orang ramai, seorang yang pandai berdikasi, seorang yang pandai mengurus masa dan sebagainya.

    Sekarang saya sudah bergelar pelajar universiti di Universiti Kebanggaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan untuk ijazah sarjana muda. Kehidupan di matrik lebih  lebih lebih seronok daripada di sini tapi pengalaman di matrik dapat digunakan di sini dan sanggap berguna.

    Bagi saya kehidupan dan pengalaman masam masis di matrik paling best berbanding di sekolah dan universiti. Saya langsung tidak menyesal masuk matrik malah bersyukur. Masa belajar yang pendek dah terus boleh buat degree dalam umur 19 tahun.

Ini lah sedikit perkongsian yang saya beri......Pergalaman di matrik terlalu banyak untuk dikongsikan sebenarnya. Kesemua yang saya taip ini benda betul dan tidak ditambahkan bagi penyedapan cerita.



Terima Kasih Kepada semua yang membaca......






   








Comments

  1. Saya nk tanya, PST dan PDT mana lagi bagus? Dan dari segi pengiraan pointer pulak, pointer kena sentiasa maintain 4 ke utk dpt 4 flat akhir matrik nanti? Btw< good luck for ur future! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya saya tak reply sbb tak aktif, tujuan asal create blog utk assigment. But is okay saya reply juga.

      PST- PROGRAM SATU TAHUN
      PDT- PROGRAM DUA TAHUN

      1) Saya dulu dari matrik perlis (KMP) 2018/2019 dimana kami semua hanya ada progaram untuk 1 tahun (PST) termasuk aliran sains.

      Bagi pendapat peribadi saya, lebih baik ambil 1 tahun sbb antara kelebihan masuk matrik ni fast track ke universiti. lagi pun tak payah bazir masa duk matrik. Masuk U nanti jadi yang paling muda... hahaha. .

      Kena banyakan usahalah, matrik tak ada lah payah mana pun. Duk dengar orang yang tak pernah masuk matrik or budak pemalas masa kat matrik, memanglah respon diorang nagatif. Tapi kalau tak mampu, ambil jela yg 2 tahun.

      2) Mesti maintain 4 utk dpt 4 flat pd akhir matrik sbb poiter pada akhir sem akan ditambah bahagi utk dapatkan average. Kat U pun sama.

      Selain poiter try cungkil soft skill juga ya.

      Kalau ada siapa2 nak tanya soalan mai lah, saya cuba jawab. Tq

      Delete

Post a Comment

Popular Posts